Wednesday, July 6, 2011

Sejarah Singkat Gunung Weld

1988: Ashton Rare Earth Ltd menemui bijih nadir bumi di Gunung Weld

1992: Ashton mendapat kelulusan lima tahun tertakluk keperluan alam sekitar untuk:

  • melombong bijih nadir bumi di Gunung Weld, Malaysia
  • mengankut bijih nadir bumi 880km untuk diproses di Meenaar, Australia
  • mengankut sisa pemprosesan 880km ke Gunung Weld, Australia untuk dikebumikan.
1994: Ashton menhentikan kajian pembangunan lombong Gunung Weld setelah diputuskan bahawa lombong Gunung Weld tidak akan beruntung.



1998: Ashton mendapat lanjutan tiga tahun untuk membangun lombong Gunung Weld. Ashton tidak membangun lombong Gunung Weld, tetapi mengambil kesempatan itu untuk menjual projek Gunung Weld.

1999: Lynas membeli 35% project Gunung Weld dari Ashton

2001: Nick Curtis menjadi President dan CEO Lynas. Nick Curtis menjual lombong emas Lynas untuk menumpukan perhatian kepada nadir bumi.

2003: Lynas membuat perubahan drastik kepada projek Gunung Weld. Dalam rancangan baru, yang dipersembahkan kepada Majlis Negeri Leonora pada 20 Mei 2003, Lynas akan:

  • melombong bijih nadir bumi di Gunung Weld, Australia
  • mengangkut bijih nadir bumi ke negara China untuk diproses
Rancangan untuk membina loji pemprosesan di Australia dibatalkan.


2004: Lynas, membeli 3,180,375 saham AMR Technologies (kini Neo Materials Technologies). AMR Technologies membawa Lynas ke mahkamah pada 6 Apr 2005 kerana membeli sahamnya tanpa izin. AMR menhentikan pendakwaan pada Jun 2005, dan Lynas menjual kesemua saham AMR pada Jul 2005.

2006: Lynas memilih Kemaman, Malaysia untuk membina LAMP

2007: Lynas mendapat kelulusan dari Australia untuk melombong bijih nadir bumi di Gunung Weld.

2007: Lynas memindah pelan membina LAMP ke Gebeng, Malaysia.

Feb 2008: Lynas mendapat kelulusan membina LAMP dari Malaysia.

Mar 2009: Lynas menghentikan pembangunan LAMP kerana kesulitan wang.

Sep 2009: Lynas memulakan semula pembangunan LAMP selepas mendapat $450 juta 'unconditional placement'

No comments:

Post a Comment