Tuesday, July 26, 2011

65 padang bola sepak dibanjiri setiap tahun...

Polusi Radioaktif
Loji Lynas akan menjana kira-kira 14 ton/tahun thorium dan 0.3 ton/tahun uranium [1].

Polusi Udara
Loji Lynas akan menjana kira-kira 50 juta liter fluorine/tahun; dan 108,000 juta liter sisa-gas-berasid/tahun [2]. Sisa-gas-berasid (asid hidrofluorik, sulfur dioksida, asid sulfurik dan debu radioaktif) akan dijanakan kerana Lynas akan menggunakan penguraian asid sulfurik [3]. Hujan asid tidak menjadi masalah di loji Bukit Merah kerana ia menggunakan penguraian alkali natrium hidroksida.

Polusi Air
Loji Lynas akan menjana kira-kira 305 juta liter sisa-air/tahun (61 padang bola sepak sedalam satu meter); dan 20 juta liter sisa-kimia/tahun (4 padang bola sepak sedalam satu meter) [4].

Menurut New York Times [5]:
a. “...factories have left vast toxic and radioactive waste sites [in other countries]...” (loji nadir bumi telah meninggalkan sisa toksik dan radioaktif di negara lain)
b. “…almost all of the steel piping ordered for the [Lynas] plant [in Gebeng] is made from standard steel…” (hampir semua paip yang digunakan di loji Lynas di Gebeng adalah paip keluli biasa)

Kemungkinan besar Lynas akan menggunakan bahan kimia neutral untuk proses “rare earth separation”. Tributylphosphate (TBP), bahan kimia neutral yang biasa digunakan untuk “rare earth separation” sangat berbahaya [6].

“…most of that waste water is discharged without being effectively treated, which not only contaminates potable water for daily living, but also contaminates the surrounding water environment and irrigated farmlands…” [2] (kebanyakan air sisa dilepaskan tanpa dirawat dengan berkesan, ia bukan sahaja mencemari air bersih untuk kehidupan seharian, tetapi juga mencemari air persekitaran dan tanah ladang yang diairi)

[1] “Proposed rare earths mining and beneficiation at Mt Weld, Laverton and secondary processing at
Meenaar, near Northam”, Jadual 5, Muka-surat 34, http://www.epa.wa.gov.au/docs/710_B646.pdf

[2] “China’s Rare Earth Elements Industry: What Can the West Learn?”, Muka-surat 16,
http://fmso.leavenworth.army.mil/documents/rareearth.pdf

[3] “Lynas Corporation Ltd Investor Presentation Mar 2010”, Muka-surat 30,
http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Presentations/Investor_Presentation_March_10_823534.pdf

[4] “Proposed rare earths mining and beneficiation at Mt Weld, Laverton and secondary processing at
Meenaar, near Northam”, Muka-surat 3, http://www.epa.wa.gov.au/docs/710_B646.pdf

[5] “The Fear of a Toxic Rerun”, http://www.nytimes.com/2011/06/30/business/global/30rare.html

[6] “Proctor and Hughes’ Chemical Hazards of the Workplace”, CAS 126-73-8, Muka-surat 689-690

Bijih Nadir Bumi

Kira-kira 95% bijih nadir bumi terdiri daripada jenis bastnasite, monazite, dan xenotime.
  1. Bijih nadir bumi dari Bukit Merah, Malaysia adalah jenis xenotime.
  2. Bijih nadir bumi dari Gunung Weld, Australia adalah jenis monazite.
  3. Bijih nadir bumi dari Mountain Pass, California adalah jenis bastnasite.
Komposisi monazite Gunung Weld adalah seperti berikut:
  • Lanthanum 25.14%
  • Cerium 44.97%
  • Praseodymium 4.90%
  • Neodymium 17.18%
  • Samarium 2.44%
  • Europium 0.56%
  • Gadolinium 1.54%
  • Terbium 0.17%
  • Dysprosium 0.58%
  • Holmium 0.08%
  • Erbium 0.22%
  • Thulium 0.02%
  • Ytterbium 0.09%
  • Lutetium 0.02%
  • Yttrium 2.08%

Wednesday, July 6, 2011

Sejarah Singkat Gunung Weld

1988: Ashton Rare Earth Ltd menemui bijih nadir bumi di Gunung Weld

1992: Ashton mendapat kelulusan lima tahun tertakluk keperluan alam sekitar untuk:

  • melombong bijih nadir bumi di Gunung Weld, Malaysia
  • mengankut bijih nadir bumi 880km untuk diproses di Meenaar, Australia
  • mengankut sisa pemprosesan 880km ke Gunung Weld, Australia untuk dikebumikan.
1994: Ashton menhentikan kajian pembangunan lombong Gunung Weld setelah diputuskan bahawa lombong Gunung Weld tidak akan beruntung.



1998: Ashton mendapat lanjutan tiga tahun untuk membangun lombong Gunung Weld. Ashton tidak membangun lombong Gunung Weld, tetapi mengambil kesempatan itu untuk menjual projek Gunung Weld.

1999: Lynas membeli 35% project Gunung Weld dari Ashton

2001: Nick Curtis menjadi President dan CEO Lynas. Nick Curtis menjual lombong emas Lynas untuk menumpukan perhatian kepada nadir bumi.

2003: Lynas membuat perubahan drastik kepada projek Gunung Weld. Dalam rancangan baru, yang dipersembahkan kepada Majlis Negeri Leonora pada 20 Mei 2003, Lynas akan:

  • melombong bijih nadir bumi di Gunung Weld, Australia
  • mengangkut bijih nadir bumi ke negara China untuk diproses
Rancangan untuk membina loji pemprosesan di Australia dibatalkan.


2004: Lynas, membeli 3,180,375 saham AMR Technologies (kini Neo Materials Technologies). AMR Technologies membawa Lynas ke mahkamah pada 6 Apr 2005 kerana membeli sahamnya tanpa izin. AMR menhentikan pendakwaan pada Jun 2005, dan Lynas menjual kesemua saham AMR pada Jul 2005.

2006: Lynas memilih Kemaman, Malaysia untuk membina LAMP

2007: Lynas mendapat kelulusan dari Australia untuk melombong bijih nadir bumi di Gunung Weld.

2007: Lynas memindah pelan membina LAMP ke Gebeng, Malaysia.

Feb 2008: Lynas mendapat kelulusan membina LAMP dari Malaysia.

Mar 2009: Lynas menghentikan pembangunan LAMP kerana kesulitan wang.

Sep 2009: Lynas memulakan semula pembangunan LAMP selepas mendapat $450 juta 'unconditional placement'